Assalamualaikum wbt everyone ^^ Hari kesembilan kita berpuasa. Jadi, ada lebih kurang 21 hari lagi sebelum seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Aha! Sesiapa yang belum 'full-swing' untuk 9 hari pertama, apa kata kita tingkatkan lagi amal ibadat dalam bulan yang penuh keberkatan ni (amboi, mcm Ustazah Siti Nurbahiya pulak kan) hehe Hari ni, nak kongsi 'another' resepi. Kali ni, resepi biskut Chocolate Chips. Sesuai la untuk dihidangkan sempena hari raya nanti. Masa buat biskut ni, rasa was-was jugak, takut tak jadi. Nonetheless, memang dah plan nak kongsi kat blog resepi ni, tapi, right after buat memang tak dapat rase la sebab puasa kan. Jadi, terpaksalah tunggu sampai buka. Alhamdulillah, not bad jugak rasa dia. Jadi, kalau korang nak tau sodap ke tidak biskut ni, bolehlah try buat kat rumah ye!
Home made chocolate chips cookies |
Ingredients (bake 60 cookies) :
A
1 cup margarine
1/2 cup sugar
1/2 cup brown sugar
1 tsp vanilla essence
1 cup grated cooking chocolate
2 biji telur
B
2 cups flour
1 tsp baking powder
1 tsp salt
1 cup chocolate chips
1 cup chopped almonds
Optional
1 packet of instant Nestum (3in1)
Adunan biskut |
Method:
- Mix ingedients A and B in separate bowl.
- For A, beat the eggs separately before mixing it together with the other ingredients
- Last sekali, baru masukkan bahan optional tu. Optional tu maksud dia, nak masuk boleh, tak nak masuk pun okay.
- Adunan tadi susun atas dulang pembakar.
- Lepas tu, bakar for 20 minutes at 180 degrees.
Terasa diri ini seperti food blogger (sangaaattt). Tapi sementara ada masa ni, nak cuba sebanyak mungkin resepi yang ada kat muka bumi ni (hehe) Jadi, ringan-ringankan lah jari jemari anda untuk pergi ke dapur dan cuba resepi ni ye. Selamat mencuba dan selamat berpuasa semua!
Click here to follow me on Twitter
No comments:
Post a Comment