Sakitnya hati, kalau nak ikutkan
perasaan marah ni, dah lama aku cincing-cincang dua ekor makhluk tu. Kurang
ajar, biadab, bodoh, dungu dan macam macam lagi perkataan kesat yang ditulis
untuk menggambarkan betapa marahnya orang-orang kita terhadap blogger suam-suam
kuku yang dikatakan telah membuat statement yang menyentuh sensitivity umat
Islam. Masha-Allah. Pertama kali tengok gambar itu pun, hati saya mendidih.
Kata kata kesat hampir hampir terpacul keluar dari mulut (hampir ye, belum
lagi). Tapi mengingatkan diri yang sedang berpuasa, saya beristighfar. Bangun
dari tempat duduk dan mengalihkan pandangan daripada skrin computer. 10 minit
kemudian, saya kembali duduk dan termenung. Bukan apa, cuma terfikir, kenapalah
orang-orang kita mudah sangat melatah? Sukar mengawal rasa marah dalam diri.
Sedangkan, Islam itu sangat indah. Islam itu mengajar umatnya untuk
bersederhana dalam semua hal, termasuklah dalam berbicara. Rasulullah SAW
sendiri mengajar kita untuk sentiasa berlemah lembut, sabar dan menyayangi
antara satu sama lain. Mungkin ada yang kata, “kalau dah orang pijak kepala
kita, tak kan lah nak diam je?” Ada bertulnya, kalau kita diam, mungkin makin
menjadi jadilah penghinaan yang kita akan terima. Tapi, bukan dengan cara maki
hamun, mengugut dan sebagainya. Ada cara lain, bertenang dan sama-sama kita
muhasabah diri. Kalau kita mudah sangat melatah dan mengamuk bila ‘dicucuk’, maka
agama kita akan jadi lemah dan‘fragile’. Kita tak nak sampai perkara tu terjadi.
Kita agama yang kuat, kalau dulu sewaktu Bulan Rmadan pun, Rasullah SAW dan
umat Islam boleh pergi berperang dan menang, sekarang, bentuk peperangan yang
perlu kita hadapi adalah berbeza. Kita mungkin tidak diserang secara fizikal,
tetapi kita diserang dan diuji secara mental. Kalau mental kita lemah, kalau
kita terlalu ikutkan emosi, tak taulah apa yang akan jadi pada umat Islam di
kemudian hari. Islam tu sangat mudah dan senang difahami, jangan kerana sikap
ekstrimis kita, maka orang lain memandang agama Allah SWT ni sebagai satu
perkara yang susah. Namun begitu, jauh di sudut hati saya, agak terkilan dengan
sikap bloggers ni. Kerana sikap tidak ambil peduli mereka, telah wujud prejudis
dalam kalangan rakyat di negara ini. Suka saya nak bercerita, saya tidak pernah
rasa terpinggir ketika bersama dengan rakan-rakan bukan Islam atau bukan
Melayu. Jika kami keluar bersama, mereka akan pastikan restoran yang kami pergi
ada tanda dan sijil halal. Mereka hormat waktu solat saya dan kesanggupan
mereka untuk bertanyakan hal-hal berkaitan agama Islam membuatkan saya rasa
lebih diterima. Adakalanya, saya terlalu emosional ketika berbincang hal-hal
yang berkaitan dengan agama dan bangsa, namun, saya tetap hormat pendapat
mereka dan saya cuba sedaya upaya untuk menjelaskan pendapat dan pandangan diri
saya kepada mereka. Saya bukanlah seorang yang serba serbi sempurna dalam
segala hal dan mungkin coretan ini juga tidak disenangi oleh segelintir pihak,
namun, jika anda menghormati pandangan saya, InshaAllah saya akan menghormati
pendapat anda juga. Seruan saya buat semua umat Islam, muhasabah diri sebelum
nak mengeluarkan statement statement melenting anda. Jaga nama baik diri,
bangsa dan yang penting AGAMA ALLAH SWT ini. Islam itu indah dan InshAllah,
kita juga adalah makhluk Allah yang paling indah di muka bumi ni. Buat
rakan-rakan tidak seagama, jauh di sudut hati, saya memohon agar sama-sama kita
saling menghormati. Saya menerima dan sedaya upaya mencuba untuk menghormati
budaya dan cara hidup anda, dan saya berharap agar anda juga begitu. Akhir
kata, selamat berpuasa dan semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun
sebelumnya, Wallahualam.
No comments:
Post a Comment