Assalamualaikum wbt .. entri kali ni nak share resepi kek batik. Baru try buat pagi tadi, believe it or not, it took me less than 30 minutes untuk buat kek ni. Hasilnya, tadaaaa!! Boleh tahan sedap jugakla (tsk3, puji diri sendiri nampak) Jadi, jangan segan-segan try okay!
Home made Kek Batik |
Bahan-bahannya:
1 paket Milo
250g Butter/margerine
50g Coklat masakan
1/2 cawan susu pekat manis
1 paket biskut Marie/digestive biscuit
Cara-cara untuk buat, senang, mudah lagi cepat (hehe)
- Campurkan semua bahan (kecuali biskut Marie) dalam kuali dan kacau hingga sebati. Api biar paling kecil je, nanti hangus :)
- Biskut Marie tu patahkan kepada empat bahagian dan masukkan dalam kuali tadi. Padam api dan gaul dan gaul dan gaul. Dah siap :)
Last but not least, masukkan adunan tadi dalam loyang dan sejukkan dalam room temperature for about 10 minutes. After that, bolehlah masukkan dalam peti ais for 2-4 hours. InshaAllah, kalau buat dengan rasa kasih dan sayang, akan jadi (hehe). So, selamat mencuba!
Follow me on Twitter |
No comments:
Post a Comment