Thursday 18 July 2013

Chocolate Chips cookies

Assalamualaikum wbt everyone ^^ Hari kesembilan kita berpuasa. Jadi, ada lebih kurang 21 hari lagi sebelum seluruh umat Islam akan menyambut Hari Raya Aidilfitri. Aha! Sesiapa yang belum 'full-swing' untuk 9 hari pertama, apa kata kita tingkatkan lagi amal ibadat dalam bulan yang penuh keberkatan ni (amboi, mcm Ustazah Siti Nurbahiya pulak kan) hehe Hari ni, nak kongsi 'another' resepi. Kali ni, resepi biskut Chocolate Chips. Sesuai la untuk dihidangkan sempena hari raya nanti. Masa buat biskut ni, rasa was-was jugak, takut tak jadi. Nonetheless, memang dah plan nak kongsi kat blog resepi ni, tapi, right after buat memang tak dapat rase  la sebab puasa kan. Jadi, terpaksalah tunggu sampai buka. Alhamdulillah, not bad jugak rasa dia. Jadi, kalau korang nak tau sodap ke tidak biskut ni, bolehlah try buat kat rumah ye!

Home made chocolate chips cookies

Ingredients (bake 60 cookies) :
A
1 cup margarine
1/2 cup sugar
1/2 cup brown sugar
1 tsp vanilla essence
1 cup grated cooking chocolate
2 biji telur

B
2 cups flour
1 tsp baking powder
1 tsp salt
1 cup chocolate chips
1 cup chopped almonds

Optional
1 packet of instant Nestum (3in1)

Adunan biskut


Method:


  1. Mix ingedients A and B in separate bowl.
  2. For A, beat the eggs separately before mixing it together with the other ingredients
  3. Last sekali, baru masukkan bahan optional tu. Optional tu maksud dia, nak masuk boleh, tak nak masuk pun okay.
  4. Adunan tadi susun atas dulang pembakar. 
  5. Lepas tu, bakar for 20 minutes at 180 degrees.

Terasa diri ini seperti food blogger (sangaaattt). Tapi sementara ada masa ni, nak cuba sebanyak mungkin resepi yang ada kat muka bumi ni (hehe) Jadi, ringan-ringankan lah jari jemari anda untuk pergi ke dapur dan cuba resepi ni ye. Selamat mencuba dan selamat berpuasa semua! 

Click here to follow me on Twitter






Sunday 14 July 2013

Coretan dari insan kerdil (dan comel)


Sakitnya hati, kalau nak ikutkan perasaan marah ni, dah lama aku cincing-cincang dua ekor makhluk tu. Kurang ajar, biadab, bodoh, dungu dan macam macam lagi perkataan kesat yang ditulis untuk menggambarkan betapa marahnya orang-orang kita terhadap blogger suam-suam kuku yang dikatakan telah membuat statement yang menyentuh sensitivity umat Islam. Masha-Allah. Pertama kali tengok gambar itu pun, hati saya mendidih. Kata kata kesat hampir hampir terpacul keluar dari mulut (hampir ye, belum lagi). Tapi mengingatkan diri yang sedang berpuasa, saya beristighfar. Bangun dari tempat duduk dan mengalihkan pandangan daripada skrin computer. 10 minit kemudian, saya kembali duduk dan termenung. Bukan apa, cuma terfikir, kenapalah orang-orang kita mudah sangat melatah? Sukar mengawal rasa marah dalam diri. Sedangkan, Islam itu sangat indah. Islam itu mengajar umatnya untuk bersederhana dalam semua hal, termasuklah dalam berbicara. Rasulullah SAW sendiri mengajar kita untuk sentiasa berlemah lembut, sabar dan menyayangi antara satu sama lain. Mungkin ada yang kata, “kalau dah orang pijak kepala kita, tak kan lah nak diam je?” Ada bertulnya, kalau kita diam, mungkin makin menjadi jadilah penghinaan yang kita akan terima. Tapi, bukan dengan cara maki hamun, mengugut dan sebagainya. Ada cara lain, bertenang dan sama-sama kita muhasabah diri. Kalau kita mudah sangat melatah dan mengamuk bila ‘dicucuk’, maka agama kita akan jadi lemah dan‘fragile’. Kita tak nak sampai perkara tu terjadi. Kita agama yang kuat, kalau dulu sewaktu Bulan Rmadan pun, Rasullah SAW dan umat Islam boleh pergi berperang dan menang, sekarang, bentuk peperangan yang perlu kita hadapi adalah berbeza. Kita mungkin tidak diserang secara fizikal, tetapi kita diserang dan diuji secara mental. Kalau mental kita lemah, kalau kita terlalu ikutkan emosi, tak taulah apa yang akan jadi pada umat Islam di kemudian hari. Islam tu sangat mudah dan senang difahami, jangan kerana sikap ekstrimis kita, maka orang lain memandang agama Allah SWT ni sebagai satu perkara yang susah. Namun begitu, jauh di sudut hati saya, agak terkilan dengan sikap bloggers ni. Kerana sikap tidak ambil peduli mereka, telah wujud prejudis dalam kalangan rakyat di negara ini. Suka saya nak bercerita, saya tidak pernah rasa terpinggir ketika bersama dengan rakan-rakan bukan Islam atau bukan Melayu. Jika kami keluar bersama, mereka akan pastikan restoran yang kami pergi ada tanda dan sijil halal. Mereka hormat waktu solat saya dan kesanggupan mereka untuk bertanyakan hal-hal berkaitan agama Islam membuatkan saya rasa lebih diterima. Adakalanya, saya terlalu emosional ketika berbincang hal-hal yang berkaitan dengan agama dan bangsa, namun, saya tetap hormat pendapat mereka dan saya cuba sedaya upaya untuk menjelaskan pendapat dan pandangan diri saya kepada mereka. Saya bukanlah seorang yang serba serbi sempurna dalam segala hal dan mungkin coretan ini juga tidak disenangi oleh segelintir pihak, namun, jika anda menghormati pandangan saya, InshaAllah saya akan menghormati pendapat anda juga. Seruan saya buat semua umat Islam, muhasabah diri sebelum nak mengeluarkan statement statement melenting anda. Jaga nama baik diri, bangsa dan yang penting AGAMA ALLAH SWT ini. Islam itu indah dan InshAllah, kita juga adalah makhluk Allah yang paling indah di muka bumi ni. Buat rakan-rakan tidak seagama, jauh di sudut hati, saya memohon agar sama-sama kita saling menghormati. Saya menerima dan sedaya upaya mencuba untuk menghormati budaya dan cara hidup anda, dan saya berharap agar anda juga begitu. Akhir kata, selamat berpuasa dan semoga Ramadan tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya, Wallahualam.   

Chocolate Chips Muffin

Assalamualaikum wbt (peace be upon you).. How are you guys doing? How's your Ramadan so far? For me, just a humble Alhamdulillah, thank you Allah for all the blessings in this holy month of Ramadan :) Today, I would LOVE to share another recipe = chocolate chips muffin! To all my fellow blog readers, boleh lah cuba resepi ini untuk berbuka puasa ataupun masa Hari Raya nanti InshaAllah. Tapi sebelum tu, al-kisahnya, dah cuba nak buat kek beberapa kali sebelum ni, tapi, asyik tak menjadi je. Tapi, Alhamdulillah kali ni, sedap pulak! Mungkin berkat bulan Rmadan kot? (hehe) This recipe is taken and modified from a cookbook.




Ingredients:
(A)
1 cup (about 100g) cooking chocolate
1 cup (about 100g) margarine
1 cup sugar
1 tsp vanilla extract
A pinch of salt
1 egg
1 cup fresh milk

(B)
2 cups flour
1 tsp baking soda
1 tbsp cocoa powder
chopped nuts/chocolate chips

Method:
Mix both ingredients A and B in different bowls
Put all the ingredients together
Put the mixture into a freeze bag, seal it well and cut off one corner. Then, pipe the mixture into a muffin pan
Bake in the oven for 20 minutes / 180 C

Resepi ni untuk buat 12 mini muffins. So, happy trying!




Sunday 7 July 2013

SeeFood in Kota Kinabalu, Sabah

Assalamualaikum wbt ... countdown before Ramadan - 3 days and I'm so excited! Macam mane dengan korang semua? Dah prepare untuk bulan yang penuh keberkatan ni? Okay, before I start writing, nak share niat untuk berpuasa. Maklumla, bulan Ramadan cuma datang setahun sekali je kan, so mungkin ada diantara kita yang kurang ingat (hehe) niat untuk berpuasa, Don't worry, tak salah pun kalau terlupa, yang salahnya kalau kita tak cuba untuk ingat :)

.
Okay, as the title says, today's entry is about food! Yeay! So, I was thinking, I'm a Sabahan and when people ask me, "apa yang menarik di Sabah?" or "what is special in Sabah?" The easiest answer would be food (for me maybe) Sabah memang famous dengan makanan laut (seafood). Ada banyak tempat kat Kota Kinabalu ni yang korang boleh pergi untuk makan makanan laut yang best2! And one of it is Anjung Selera, located in Jalan Sulaman, near Yayasan Sabah building. About 30 minutes from Kota Kinabalu City Center. Kat Anjung Selera ni memang banyak warung. Basically, specialities kat tempat ni memang makanan laut, steamboat, tapi, pada masa yang sama, ada jugak chicken wings and satay. 




Nak dijadikan cerita, malam tadi, pegila makan kat Anjung Selera ni. Antara menu yang dipesan adalah, tadaa!

Sweet and sour fish

Udang goreng tepung (paling sadap)

Steamed fish with ginger 

Price range untuk ikan, 100g = RM 4.00 dan untuk udang 100g = RM 5.00. Dalam gambar kat atas ni, udang tu 300g, lebih kurang 10 ekor. Total semua, kurang daripada RM 100 and makan dalam 3 orang. Berbaloi, memang berbaloi! (hehe) Oleh sebab banyak giler warung kat sana, kita promo la sikit warung yang me and my family pergi semalam, warung C6 (second last stall). Service mungkin tak la hebat kebabom, tapi kena sabarla ye :)

Last but not least, kepada sesiapa yang ada plan nak melawat Kota Kinabalu, jangan lupa cuba makanan laut kat sini ye. Bak kata orang, tak sah kalau dah sampai KK tak cuba makanan laut (ye ke?). Also, selamat menjalani ibadah puasa dan semoga bulan Ramadan pada tahun ni membawa seribu keberkatan untuk kita semua, InshaAllah :) 

other places to eat in Kota Kinabalu -> click here 

follow me on Twitter

Friday 5 July 2013

Resepi Kek Batik

Assalamualaikum wbt .. entri kali ni nak share resepi kek batik. Baru try buat pagi tadi, believe it or not, it  took me less than 30 minutes untuk buat kek ni. Hasilnya, tadaaaa!! Boleh tahan sedap jugakla (tsk3, puji diri sendiri nampak) Jadi, jangan segan-segan  try okay! 

Home made Kek Batik 

Bahan-bahannya:

1 paket Milo
250g Butter/margerine
50g Coklat masakan
1/2 cawan susu pekat manis 
1 paket biskut Marie/digestive biscuit

Cara-cara untuk buat, senang, mudah lagi cepat (hehe)
  1. Campurkan semua bahan (kecuali biskut Marie) dalam kuali dan kacau hingga sebati. Api biar paling kecil je, nanti hangus :)  
  2. Biskut Marie tu patahkan kepada empat bahagian dan masukkan dalam kuali tadi. Padam api dan gaul dan gaul dan gaul. Dah siap :)

Last but not least, masukkan adunan tadi dalam loyang dan sejukkan dalam room temperature for about 10 minutes. After that, bolehlah masukkan dalam peti ais for 2-4 hours. InshaAllah, kalau buat dengan rasa kasih dan sayang, akan jadi (hehe). So, selamat mencuba!

Follow me on Twitter










Monday 1 July 2013

Oh dear! My abandoned blog!

Dear blog, I'm sorry for neglecting you. Okay, maybe not the best way to start off my entry. But who cares? This is my blog, I can write whatever I want. Hehe. Asslamualaikum wbt kepada semua pembaca blog yang setia (kalau ada la kan) Okay, first of all, I'm so sorry sebab dah lama menghilang. Honestly, I was busy with exams and other stuff. Tapi yang paling penting, I have officially completed my A-Levels. Alhamdulillah.


Okay, maybe not officially selagi tak dapat result kan, but whatever it is I don't have to attend classes anymore (teehee). Anyway, just a reminder to myself and others yang tengah bercuti-cuti Malayisa kat luar sana, pembelajaran tu bukan cuma kat dalam kelas saja. Kita kena terus belajar and belajar and belajar. If not, our existing knowledge will start fading and soon, you know what will happen kan. (Gaahhh this is a good reminder for me as well) Actually, me myself is still planning my holidays. Three months seems to be quite a long time, tapi like my friend said, pejam celik pejam celik dah habis cuti. So, kalau tak manfaatkan dengan baik, masa tu akan terbuang begitu saje. Such a waste right? 

Any suggestion macam mane nak utilize my holidays? Anyone? I was thinking of working part time, boleh kumpul duit sikit. Or maybe start a reading habit coz I'm not so much of a reader. Or actively writing blog, which can be the best and the easiest and the least 'need-to-think' activity (haha) Whatever it is, I just want to enjoy my holidays doing things that I love, celebrate Ramadan and Syawal with my family and at the same time, make use of my time wisely InshaAllah. 


Last but not least, I would like to say thank you so much to all my lecturers from HELP Academy, Damansara:
Ms Cristabel, Ms Caroline, Ms Cat, Ms Tan, Ms Kimmie, Ms Lam, Mr Lo, Ms Charmine, Ms Kugan, Ms Belinda, Mr Al,  friends (HA09 intake) and families especially my parents for all the support for the past two years! Thank you so much! :)


JPA Scholarship holders (Law) 
*so blessed to know these amazing people*


My Literature class
*one word to describe them - superduperawesome!*


“Memories, even your most precious ones, fade surprisingly quickly. But I don’t go along with that. The memories I value most, I don’t ever see them fading.” 
― Kazuo IshiguroNever Let Me Go


“I think it is all a matter of love; the more you love a memory the stronger and stranger it becomes” 
― Vladimir Nabokov


follow me on twitter